June 9, 2012

PELUANG KEDUA


BENARKAH ada peluang kedua di dalam kehidupan kita?

Ada orang berkata peluang yang datang hanya sekali sahaja, jika kita tidak mengambilnya ia tidak akan datang untuk kali kedua.

Apabila seseorang itu menemui kegagalan dia akan merasa tertekan dan kecewa. Perasaan itu akan berlarutan sehingga tiba suatu ketika apabila orang itu dapat melupakan peristiwa pahit yang telah dialaminya. Namun yang pasti kesan yang dirasainya tidak mungkin akan hilang buat selama-lamanya.

Ada orang yang terus tewas kepada kegagalan itu. Ada pula yang tidak mahu menyerah kalah dengan mudah. Orang yang tewas akan berundur ke belakang, menyembunyikan diri dan tidak berani lagi berhadapan dengan cabaran. Manakala orang yang tidak menyerah kalah akan bangun semula untuk menghadapi cabaran baharu.

Bagi orang yang bangun semula itu adakah dia mendapat peluang kedua atau sekadar menyambung kembali peluang yang terhenti seketika itu?

Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Jika anda menganggap peluang itu hanya datang sekali sahaja, kebangkitan semula setelah mengalami ketewasan pertama adalah untuk menyambung peluang yang terhenti sebentar. Peluang itu tetap peluang yang sama, peluang yang telah ditetapkan kepada anda, bukan peluang baharu. Tetapi dengan cara dan pendekatan baharu untuk menggarap peluang tersebut. Jangan melakukan cara yang sama yang mengakibatkan ketewasan dahulu.

Apa pun, segalanya berada di dalam diri anda sendiri! Tingkatkan keyakinan diri, percaya kepada kebolehan yang dianugerahkan dan jangan berputus asa.

Satu kilogran batu dan satu kilogram kapas sama beratnya. Tetapi berbeza saiz.

April 16, 2012

MENCARI IDEA PENULISAN


ADA orang berkata, idea boleh diperolehi di mana-mana dan pada bila-bila masa. Tetapi benarkah anggapan itu?

Mungkin benar kerana idea samalah seperti ilham yang menerjah ke dalam minda kita pada bila-bila masa. Ia sama juga seperti jentikan perasaan yang tiba-tiba terbetik di kalbu. Tetapi untuk menukar idea menjadi bahan penulisan ia memerlukan kemahiran.

Tempoh 2 jam yang diberikan kepada 35 orang pelajar sekolah menengah untuk menghasilkan karya cereka, memang tidak mencukupi. Ini terbukti apabila kesemua mereka menyerahkan hasil tulisan masing-masing setelah tempoh 2 jam berakhir, ternyata ramai yang tidak dapat mencari idea yang sesuai.

Apa sekalipun, usaha mereka itu bolehlah dibanggakan. Walaupun dalam tempoh hanya 2 jam, mereka dapat mencetuskan idea penulisan meskipun ramai daripada mereka tidak dapat menggarapnya dengan baik dan berkesan.

Ternyata, kemahiran amat penting dan merupakan aspek yang perlu ada di dalam diri seseorang. Tanpa kemahiran, kebolehan lain tidak mungkin dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

March 26, 2012

POWER OF VISUALISATION


The term "VISUALISATION" is a misnomer.

With this technique, you will be using more than just your visual faculties.  When you do Power Visualization, besides seeing what you desire, you will also hear it, smell it, taste it, and feel it.

Whatever you think about most often expands in your life. So if you are constantly worried about not having enough money, you will get more life experiences of not having enough money.

Focusing on opportunities to make money will get you a thousand times further than worrying about the lack of it.

But Power Visualization is more than just positive thinking.  It's about putting your mind and body in the ideal place first, and then flooding your subconscious with a colorful experience of life as you want it. 

The more relaxed you are, the more open your subconscious is to receive the messages you want to send it. And the more senses that you involve in your Power Visualization, the more of an impact it will have.

Here's another important characteristic of the subconscious mind: it can't tell the difference between your outer world and your imagination. 

Meaning that if you visualize an event in great detail and with a lot of emotion, your subconscious mind will believe that it's really happening.  And the more times you practice Power Visualization properly, the more "real" it will seem to your subconscious.

This is key because once it believes your visualization to be a fact; it will feel tension when your current outer reality doesn't match up. 

It will then go your assistance by sending you ideas, opportunities and motivation to transform your outer world.

March 17, 2012

KUASA KOMUNIKASI

Para peserta dan urusetia Kursus Komunikasi Berkesan di Tempat Kerja
MOSTI - 13-15 Mac 2012

KUASA KOMUNIKASI atau Power of Communication adalah salah satu alat (tool) untuk meningkatkan keyakinan dan kemampuan diri, sekaligus meningkatkan nilai dan harga diri seseorang. Biarpun lazimnya tidak ramai yang menyedari gaya seseorang berkomunikasi adalah cerminan diri, jiwa dan keperibadiannya sendiri.

Di dalam berkomunikasi, setiap orang harus melihat ke dalam dirinya dahulu; mengenali sikap, jiwa, emosi dan peribadi sendiri sebelum dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan. Keberkesanan berkomunikasi bukan setakat memiliki kelantangan suara semasa bercakap atau menggerakkan anggota tubuh badan serta ekspresi wajah semahunya, tetapi juga perlu kepada kebijaksanaan menilai serta kemampuan mendengar. Jalinan kesemua itu akan menjadikan seseorang itu dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan.

February 15, 2012

TERLALU NIPIS BEZANYA


TERLALU 
nipis batas yang membezakan di antara Kejayaan dan Kegagalan. Batas yang nipis itu menentukan seseorang itu melonjak ke takah yang lebih tinggi ataupun merudum ke tangga terbawah sekali.

Mungkin ada orang yang mengatakan, "aku sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi masih belum berjaya". Atau mungkin ada orang lain pula yang akan mengatakan, "aku masih tidak berjaya walaupun setelah berusaha sekian lama".

Malah berbagai lagi ungkapan yang diluahkan sesesiapa sahaja apabila tidak berjaya mencapai matlamat yang diidamkan. Ungkapan-ungkapan tersebut hanyalah merupakan keluhan yang tidak memberi sebarang makna selain daripada rasa kecewa dan putus asa.

Jika diperhatikan secara mendalam, setiap usaha yang dilakukan pasti akan menemui kejayaan, baik kecil mahupun besar. Kejayaan pasti akan menyusul setelah usaha digemblengkan bersungguh-sungguh dan dilakukan dengan penuh istiqamah. Itu adalah fitrah yang tidak dapat disangkal.

Namun kejayaan yang diidamkan tidak mungkin tercapai jika tidak disusuli dengan usaha yang tidak kenal putus asa. Jika seseorang itu berhenti berusaha itulah detik dia menemui kegagalan. Tetapi jika dia terus berusaha kejayaan sentiasa mengiringinya.

February 4, 2012

ANDA TIDAK GAGAL

ANDA tentu pernah mendengar kata-kata 'sekali gagal tidak bermakna anda gagal selama-lamanya' ataupun 'jangan takut kepada kegagalan kerana ia adalah langkah pertama menuju kejayaan'. Malah banyak lagi kata-kata perangsang berkaitan dengan kegagalan dan kejayaan.

Anda juga mungkin pernah mengalami situasi seumpama itu di dalam kehidupan anda. Anda mungkin pernah gagal di dalam peperiksaan atau temu duga pekerjaan atau percintaan atau kerukunan rumah tangga. Bukan anda sahaja, ramai lagi manusia lain yang pernah mengalami kegagalan di dalam hidup masing-masing.

Namun, saya kurang gemar menggunakan kalimat 'gagal' kerana ia membawa kesan yang mendalam di dalam diri kita. Seorang anak sekolah umpamanya, jika diucapkan kata 'gagal' akan mempengaruhi pencapaian akademiknya. Mindanya pasti akan merakamkan kata 'gagal' itu dan seterusnya membenihkan kepercayaan bahawa dia adalah seorang tidak berjaya di dalam pelajarannya.

Begitu juga jika seorang anak muda yang sering disogokkan dengan kata 'gagal' pasti akan merasa kecewa dan tidak berdaya untuk melepasi sebarang cabaran yang dihadapinya. Dia akan menjadi seorang remaja yang tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berjiwa lemah dan mudah menyerah.

Lantaran itu kita perlulah mengubah kata 'gagal' kepada kata-kata yang lebih memberangsangkan supaya dengan itu minda kita akan merakam serta menyimpannya sebagai modal bagi membina kekuatan diri. Ibu bapa perlu mengambil perhatian mendalam agar tidak mengucapkan kata-kata negatif kepada anak-anak. Jangan sekali-kali mengucapkan kata-kata negatif itu kepada anak-anak. Berilah mereka semangat dengan kata-kata positif agar minda dan jiwa anak-anak membesar dengan rangsangan yang kuat untuk menjadi seorang yang berjaya.

January 25, 2012

DIALOG ANAK DAN AYAH

Seorang anak sentiasa mengharapkan kasih sayang ayah memimpinnya menempuh getir dan cabaran kehidupan. Seorang ayah pula harus setiap masa bersedia menjadi pembimbing kepada anak dengan penuh kasih sayang dan bertanggung jawab.