Para peserta dan urusetia Kursus Komunikasi Berkesan di Tempat Kerja
MOSTI - 13-15 Mac 2012
KUASA KOMUNIKASI atau Power of Communication adalah salah satu alat (tool) untuk meningkatkan keyakinan dan kemampuan diri, sekaligus meningkatkan nilai dan harga diri seseorang. Biarpun lazimnya tidak ramai yang menyedari gaya seseorang berkomunikasi adalah cerminan diri, jiwa dan keperibadiannya sendiri.
Di dalam berkomunikasi, setiap orang harus melihat ke dalam dirinya dahulu; mengenali sikap, jiwa, emosi dan peribadi sendiri sebelum dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan. Keberkesanan berkomunikasi bukan setakat memiliki kelantangan suara semasa bercakap atau menggerakkan anggota tubuh badan serta ekspresi wajah semahunya, tetapi juga perlu kepada kebijaksanaan menilai serta kemampuan mendengar. Jalinan kesemua itu akan menjadikan seseorang itu dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan.

No comments:
Post a Comment