ANDA tentu pernah mendengar kata-kata 'sekali gagal tidak bermakna anda gagal selama-lamanya' ataupun 'jangan takut kepada kegagalan kerana ia adalah langkah pertama menuju kejayaan'. Malah banyak lagi kata-kata perangsang berkaitan dengan kegagalan dan kejayaan.
Anda juga mungkin pernah mengalami situasi seumpama itu di dalam kehidupan anda. Anda mungkin pernah gagal di dalam peperiksaan atau temu duga pekerjaan atau percintaan atau kerukunan rumah tangga. Bukan anda sahaja, ramai lagi manusia lain yang pernah mengalami kegagalan di dalam hidup masing-masing.
Namun, saya kurang gemar menggunakan kalimat 'gagal' kerana ia membawa kesan yang mendalam di dalam diri kita. Seorang anak sekolah umpamanya, jika diucapkan kata 'gagal' akan mempengaruhi pencapaian akademiknya. Mindanya pasti akan merakamkan kata 'gagal' itu dan seterusnya membenihkan kepercayaan bahawa dia adalah seorang tidak berjaya di dalam pelajarannya.
Begitu juga jika seorang anak muda yang sering disogokkan dengan kata 'gagal' pasti akan merasa kecewa dan tidak berdaya untuk melepasi sebarang cabaran yang dihadapinya. Dia akan menjadi seorang remaja yang tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berjiwa lemah dan mudah menyerah.
Lantaran itu kita perlulah mengubah kata 'gagal' kepada kata-kata yang lebih memberangsangkan supaya dengan itu minda kita akan merakam serta menyimpannya sebagai modal bagi membina kekuatan diri. Ibu bapa perlu mengambil perhatian mendalam agar tidak mengucapkan kata-kata negatif kepada anak-anak. Jangan sekali-kali mengucapkan kata-kata negatif itu kepada anak-anak. Berilah mereka semangat dengan kata-kata positif agar minda dan jiwa anak-anak membesar dengan rangsangan yang kuat untuk menjadi seorang yang berjaya.

No comments:
Post a Comment