MULAI pukul 8.30 pagi, 4 Mac 2011 saya berada di Kem Belantara Elit, Kampung Geting Palas, Nako Nambua, lebih kurang 12 km dari Kuala Nerang, Kedah untuk menyampaikan ceramah kepada 38 orang pengawas SMK Tunku Bendahara, Kodiang yang sedang mengikuti program 'team building' kendalian Puncak Iltizam Training & Consultancy.
Saya menyampaikan ceramah bertajuk 'Jati Diri dan Kepimpinan Dalam Kerja Berpasukan' yang mengupas betapa pentingnya setiap insan mempunyai jati dirinya sendiri, tidak terpengaruh dengan segala anasir serta pengaruh luar yang merosakkan. Tonggak jati diri hanya akan terbina apabila kita mengenali diri sendiri terlebih dahulu, kemudiannya menyedari pentingnya menjaga nama baik serta kehormatan diri. Namun, faktor utama yang paling penting sekali ialah mengubah sikap diri sendiri terlebih dahulu iaitu mengikis sikap-sikap negatif dan menggantikannya dengan sikap-sikap positif yang lebih menguntungkan diri.
Manakala seseorang yang menjadi pemimpin haruslah memiliki kualiti diri di samping mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti kematangan berfikir serta bertindak, eksklusif dari segi memiliki nilai-nilai istimewa dan tersendiri serta mesra, pintar, inovatif, amanah dan nilai-nilai murni yang disanjungi.
Di dalam melaksanan tugas-tugas yang diamanahkan seorang pemimpin itu perlulah memahami peranannya yang meliputi 5P; iaitu Pembimbing, Perunding, Pendorong, Perancang dan Pemimpin. Mengamalkan prinsip 5P itu akan menjadikan seseorang pemimpin dihormati oleh pengikut-pengikutnya.
Walau bagaimanapun, untuk menjadi pemimpin seseorang itu perlu terlebih dahulu mampu untuk memimpin dirinya sendiri iaitu dengan mempunyai jati diri yang kukuh. Apabila anda mempunyai jati diri yang kukuh, anda mampu memimpin diri sendiri dan seterusnya pasti akan menjadi pemimpin yang baik di dalam sesebuah pasukan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutama para pelajar sekalian yang telah memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang ceramah disampaikan. Semoga anda semua diberkati dan berjaya di dalam pelajaran serta kehidupan pada masa hadapan.

No comments:
Post a Comment